Khamis, 18 November 2010

Anakku


Anakku
Kau makin meningkat remaja
Akan datang padamu...
Kumbang.. dalam pelbagai rupa dan warna
Dari pelbagai pulau dan rimba
Ingin menikmati keharumanmu
Dan sekaligus menghisap madu..

Anakku
Pesan Ayah dan Bonda
Usah kau cepat kelabu mata
Dengan kumbang yang cantik warna
Atau yang merdu suaranya
Kerana warna dan suara
Tidak memberi apa-apa makna...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan